Ancubic Group (Ancubic) bersedia untuk mentakrifkan semula pengalaman hidup di bandar dengan menggabungkan keperluan harian dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), serta inovasi masa hadapan dalam gaya hidup yang harmoni.
Pembukaan lembut Galeri Jualan Ancubic Harmoni pada 25 Februari, yang diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, menandakan satu pencapaian penting dalam kehidupan bandar yang mampan bagi projek pembangunan bersepadu utama di Mukim Tanjung Dua Belas, Kota Kemuning.
Merangkumi sembilan bidang tanah seluas lebih 33 ekar, Ancubic Harmoni mempunyai potensi nilai pembangunan kasar sehingga RM2.5 bilion dan akan menampilkan gabungan pusat perubatan dan kejururawatan profesional, premis runcit dan tempat makan mewah, bangunan komersial yang menampilkan unsur reka bentuk botani, dataran tengah berlandskap dengan pancuran air serta kawasan kediaman bertingkat tinggi.
Dengan mengambil ilham daripada projek berjaya seperti Desa ParkCity dan Publika, Ancubic komited untuk menawarkan kecemerlangan dan nilai yang tiada tandingan dalam membangunkan projek bercampur yang unik.
Pada masa yang sama, kumpulan itu menjalin perkongsian strategik dengan syarikat dan persatuan terkemuka seperti Village Grocer, Aurelius Hospitals dan ESG Association of Malaysia, sekali gus menjadi pencapaian penting bagi usaha peluasan dan kerjasama Ancubic.
Presiden ESG Association of Malaysia, Adjunct Practice Professor Cheah Kok Hoong, berkata kerajaan sedang mengambil pelbagai inisiatif untuk memupuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta meningkatkan daya tahan mereka melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
Beliau berkata, dengan bantuan rakan kongsi utama dan Bank Negara Malaysia, program rantaian nilai hijau merupakan contoh yang baik tentang bagaimana ekosistem kerajaan menggalakkan pengurusan pelepasan karbon dalam kalangan PKS.
“PKS ialah barisan pertahanan pertama ekonomi. Oleh itu, keutamaan ESG Association of Malaysia sekarang ialah meningkatkan kesedaran dan menyediakan kepakaran, rundingan serta nasihat yang tepat kepada PKS,” katanya.
Beliau berkata A-Park milik Ancubic Group, iaitu pembangunan berkonsepkan perindustrian di Bangi, Selangor, merupakan salah satu contohnya. Projek itu menekankan rasionaliti dan kecekapan serta menggabungkan reka bentuk hijau pada setiap kemudahan, termasuk infrastruktur jalan raya, bangunan dan ruang awam. Menurutnya, pendekatan itu dapat membantu perniagaan menjimatkan tenaga dan sumber semula jadi, mengurangkan jejak karbon keseluruhan serta menghapuskan kesan negatif terhadap alam sekitar.
Mengutamakan kelestarian
Begitu juga, komponen ESG akan menjadi ciri penting dalam Ancubic Harmoni, mencerminkan pendirian pemaju untuk memastikan kelestarian dalam pembangunan, bukan sahaja dari segi ESG tetapi juga dalam memperkaya komuniti.
Pengarah Eksekutif TFP Retail Group, Ivan Tan, berkata perkhidmatan asas penting bagi setiap pembangunan yang sedang berkembang, manakala akses kepada pelbagai barangan runcit dalam kejiranan yang pelbagai amat diperlukan.
“Mutu tinggi, kesegaran dan kepelbagaian sentiasa menjadi ciri utama konsep serta kekuatan perniagaan runcit kami yang menyumbang kepada kejayaan jenama Village Grocer,” katanya ketika mengulas kemasukan peruncit itu ke Ancubic Harmoni sebagai salah satu penyewa utama.
Terletak di kawasan pertumbuhan pesat di selatan Shah Alam, Ancubic Harmoni menggabungkan pilihan gaya hidup pintar dengan persekitaran semula jadi, sekali gus mewujudkan persekitaran botani yang subur dan sesuai untuk kehidupan bandar. Lokasi strategiknya di tengah-tengah perbandaran matang seluas 5,500 ekar seperti Kota Kemuning, Bukit Rimau, Bandar Rimbayu, Tropicana Aman, Eco Sanctuary dan Twentyfive.7 meletakkannya sebagai hab kehidupan moden dan penglibatan komuniti.
Lokasi utama Ancubic Harmoni di sepanjang Persiaran Rimbayu dan Persiaran Aman Perdana 2 memberi penduduk akses mudah ke kemudahan berdekatan dan hab pengangkutan. Dengan tumpuan komersialnya, pembangunan itu meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui pelbagai pilihan tempat makan, mengingatkan kepada destinasi gaya hidup meriah seperti Desa ParkCity dan Publika.
Dengan jaringan yang sangat baik ke bandar utama dan rangkaian pengangkutan, termasuk Bandar Raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Cyberjaya, Ancubic Harmoni menawarkan kemudahan serta kebolehcapaian kepada penduduknya. Pelan induknya mengutamakan keselamatan dan keterangkuman, termasuk sistem keselamatan 24 jam, eskalator, laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal untuk meningkatkan pengalaman hidup keseluruhan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, turut menyambut baik pembangunan Ancubic Harmoni dan berkata projek itu akan merancakkan Kuala Langat.
Katanya, Kuala Langat dahulunya dilihat sebagai kawasan kampung, tetapi kawasan itu berubah menjadi daerah yang berkembang maju sejak beberapa tahun lalu, dengan banyak tempat menarik, khususnya hasil pembangunan kediaman dan komersial oleh beberapa pemaju terkemuka. Beliau menambah bahawa beliau tidak sabar untuk melihat Kuala Langat mendapat status bandar pada suatu hari nanti.