[Berita Harian] Rosedale Pacu Pembangunan Bandar Botanik
- Diterbitkan
- 14 Januari 2026
- Dikemas kini
- 3 Ogos 2026
- Penulis
- Ancubic Group
![[Berita Harian] Rosedale Pacu Pembangunan Bandar Botanik](/media/images/debd9f71-c9a6-414d-a18f-518f2102d25f.jpg)
KLANG: Kumpulan Ancubic merasmikan pembukaan Galeri Hartanah Rosedale di Bandar Botanic, Klang, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan bandar moden dan bersepadu di kawasan berkenaan.
Majlis perasmian disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dan turut dihadiri Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain, wakil kerajaan, pemain industri hartanah, pelabur serta wakil media.
Menurut Anthony, pembangunan Rosedale selari dengan aspirasi kerajaan persekutuan dan negeri dalam merealisasikan bandar mampan, berdaya huni serta berorientasikan pengangkutan awam.
"Lokasinya yang strategik berhampiran lebuh raya utama dan stesen LRT 3 Bukit Tinggi yang akan datang menjadikan Rosedale sebagai model Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), sekali gus meningkatkan kebolehcapaian serta nilai jangka panjang hartanah," katanya.
Sementara itu, Abd Hamid berkata, pembangunan bandar masa kini perlu menitikberatkan kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi yang seimbang.
Menurut beliau, Rosedale menggabungkan komponen kediaman, komersil dan kemudahan bandar dijangka merangsang aktiviti ekonomi setempat serta mewujudkan peluang perniagaan baharu di Klang.
Bukan sekadar pembangunan fizikal
Pengarah Eksekutif Kumpulan Ancubic, Datin Kimilee You, berkata Rosedale dirancang sebagai hab bandar yang menghubungkan kehidupan komuniti, pengangkutan dan aktiviti komersil secara menyeluruh.
"Rosedale bukan sekadar pembangunan fizikal, sebaliknya menawarkan nilai jangka panjang kepada bandar dan pulangan mampan kepada pelabur menerusi perancangan teliti serta kemudahan lengkap," katanya.
Terletak di pusat Bandar Botanik, Rosedale menawarkan pembangunan bersepadu merangkumi kediaman, runcit, pejabat dan ruang riadah, serta disediakan penyertaan perniagaan utama seperti Jaya Grocer.
Dibuka kepada orang awam
Pada majlis sama, Ancubic memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Jaya Grocer dan Hock Kee bagi pembangunan Rosedale, selain Rinjin Shokudo dan Fruit Addicts untuk Ancubic PickleClub di Ancubic Harmoni, sekali gus memperkukuh gaya hidup dan komersil kepada komuniti setempat.
Galeri Hartanah Rosedale kini dibuka kepada orang awam menunjukkan unit contoh, zon pengalaman rumah pintar dan ruang interaktif bagi memberi gambaran jelas perancangan komuniti serta potensi pelaburan projek berkenaan.
Orang ramai dan pelabur yang berminat boleh mengunjungi galeri berkenaan atau maklumat lanjut menerusi laman sesawang www.ancubic.com.

![[Berita Harian] Rosedale Pacu Pembangunan Bandar Botanik](/media/images/7a5b9b38-7709-4c76-acbc-63545e6227df.jpg)
![[Berita Harian] Rosedale Pacu Pembangunan Bandar Botanik](/media/images/6e45547a-72ee-40c5-a238-c5697c1a6e40.jpg)